Kemuncak Bulan Jalinan Erat Siswa/i (BJES) sesi 2013/2014

Pada 19-20 OKTOBER 2013,DENSTA sekali lagi telah menganjurkan Kemuncak Bulan Jalinan Erat Siswa/i (BJES).









Program ini dijalankan dengan objektif untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru tahun satu ke fakulti pergigian sesi 2013/2014.Program hebat ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga fakulti pergigian terutamanya "junior" dan "senior" sekaligus merapatkan jurang antara pelajar-pelajar.

Antara aktiviti-aktiviti menarik adalah ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan, 'explorace' dan BBQ.  

Program dimulakan dengan ceramah motivasi khas untuk pelajar-pelajar tahun satu.  Ceramah ini diadakan pada sebelah malam 19 Oktober 2013 (Sabtu)  di bawah seliaan Exco Pembangunan Sahsiah Siswa/i DENSTA sesi 2013/2014.


Ceramah telah disampaikan oleh pensyarah Fakulti Pergigian UKM sendiri iaitu, Prof Madya Dr Tuti Ningseh Mohd Dom. (Penceramah asal adalah Salatu Sule tetapi beliau tidak dapat hadir atas masalah yang tidak dapat dielakkan)






Dr Tuti memberikan kata-kata motivasi kepada para pelajar


Antara pelajar yang hadir


Program diteruskan lagi pada keesokan harinya iaitu 20 Oktober 2013 (Ahad) dan bermula sekitar jam 8 pagi dengan aktiviti riadah dan latihan dalam kumpulan (LDK).

Pelajar-pelajar tahun satu dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu kumpulan Gingiva,Incisor,Cementum,Dentin,Enamel dan Fluoride.Fasilitator untuk setiap kumpulan adalah pelajar-pelajar senior Fakulti Pergigian UKM.


Antara aktiviti LDK yang dijalankan adalah pertandingan cheers paling kreatif,lambung belon guna selimut,dan juga Explorace.


Setelah selesai menjalankan aktiviti, pelajar-pelajar tahun satu dan pelajar-pelajar senior yang terlibat telah dihidangkan dengan makanan tengahari iaitu nasi goreng dan BBQ. Inilah julung kalinya aktiviti BBQ dijalankan.Yang istimewanya, pelajar-pelajar Fakulti Pergigian UKM sendiri yang menyediakan BBQ dan hidangan tengahari lain.

Penasihat DENSTA, Dr Atika Md Ashar turut hadir untuk memeriahkan majlis. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Atika atas kesudiaan  untuk hadir ke program ini.





Senaman ringan sebelum memulakan aktiviti


Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 


Antara salah satu aktiviti LDK





BBQ diadakan di tepi Taman Tasik Titiwangsa


Penyediaan BBQ

Bacaan Doa Makan

Dr Atika turut hadir ( tudung biru )


Antara pelajar-pelajar senior yang hadir untuk memeriahkan program :



















Diharap program ini sedikit sebanyak dapat mewujudkan ikatan kekeluargaan yang kuat sesama warga fakulti pergigian sekaligus mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan pelajar.










Comments

Popular Posts