KEJOHANAN INTERVARSITI 2010/2011




Pada 30 Oktober 2010 yang lalu , telah berlangsungnya Kejohanan Intervarsiti kali ke-5 Fakulti Pergigian di Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian Kelantan . Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini telah disertai ratusan pelajar daripada pelajar pelajar Fakulti Pergigian serata IPTA antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia , Universiti Teknologi Mara , Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia , Universiti Malaya dan tidak dilupakan juga Universiti Sains Malaysia.


Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar pergigian yang berdaya saing , mempunyai semangat kesukanan yang tinggi disamping mengeratkan lagi hubungan ukhuwah antara para pelajar pergigian . Selain itu juga , kejohanan ini sedikit sebanyak dapat merehatkan minda setelah berjuang bermati-matian menimba ilmu pengetahuan .


Antara permainan yang dipertandingkan termasuklah Bola Jaring (P) , Bola Baling (L&P) , Futsal (L&P) , Badminton (L&P) , Squash (L&P) , Ping Pong (L&P) dan tarik tali (L&P). Kontinjen UKM telah menghantar wakil seramai lebih dari 90 peserta dengan menaiki 3 buah bas UKM . Kontinjen UKM telah bertolak pada pukul 10 malam dan tiba di Kubang Kerian sekitar jam 7.30 pagi . Dengan semangat juang yang tinggi , atlet masih lagi menunjukkan keyakinan yang padu dalam memastikan UKM berjaya merangkul semua pingat yang dipertandingkan walaupun kepenatan setelah semalaman berada dalam perjalanan yang panjang dan jauh.


Berkat usaha yang tidak pernah padam , akhirnya Kontinjen UKM berjaya merangkul beberapa pingat antaranya Johan Futsal (L), Johan Squash (P) , Johan Badminton (P) , Ketiga Bola baling (L&P) , Ketiga Tarik Tali (P) . Hadiah telah disampaikan sewaktu Majlis Makan Malam yang bertempat di Dewan Nurani USM KK .


Pihak Densta mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kerana berjaya mengharumkan nama UKM walaupun tidak berjaya meraih Juara Keseluruhan . Semoga kontinjen Fakulti Pergigian dapat merampas takhta kemenangan pada kejohanan akan datang dengan permainan yang lebih telus dan jujur . Pihak DENSTA juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga USMKK kerana berjaya menganjur program yang penuh gilang gemilang ini .


Akhir kata , semoga yang baik dapat dikekalkan dan ditambah baikkan , serta segala yang kurang dapat diperbaiki pada masa akan datang . SYABAS KAMI UCAPKAN !!!


Sebahagian atlet yang kelihatan bersemangat sepanjang perjalanan ke USM Kubang Kerian .

Mendengar amanat penuh makna dari Yang Dipertua Densta , Zulkiffli Kassim .


Para peserta sedang mendengar taklimat di pekarangan Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian sebelum bertolak menuju ke USM.

Pasukan Badminton (P)

Pasukan Futsal (L) sedang beraksi.


Barisan atlet Tarik Tali UKM (P) yang berjaya menggondol tempat ketiga . Tahniah !


Aksi berani atlet Bola Baling (P)

Sebahagian atlet Bola Baling (L) yang berjaya merangkul tempat ketiga . Syabas !

Sebahagian penyokong dan atlet yang menceriakan suasana.


Suasana ketika di Majlis Makan Malam bertempat di Dewan Nurani USM Kubang Kerian.

Comments

Popular Posts