MALAM SEJUTA IMPIAN & SAMBUTAN HARI RAYA 2010




Pada 28 September 2010 yang lalu , berlakunya majlis penuh gilang gemilang Malam Sejuta Impian (Coating Ceremony) dan Sambutan Hari Raya (Riang Ria Raya) Fakulti Pergigian bagi tahun 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir . Malam Sejuta Impian adalah malam yang sangat dinanti nanti oleh pelajar Tahun 3 kerana pada malam tersebut mereka diraikan atas kejayaan memasuki alam klinikal yang penuh mencabar .


Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Ghazali Bin Mat Nor , Dekan Fakulti Pergigian UKM dan dihadiri oleh doktor-doktor klinikal , staf , para pelajar dari Tahun 1 , Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan juga Tahun 5 . Majlis penyampaian kot putih telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dekan dan diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Eugene Yeoh Zhenn Her . Majlis juga berlangsung penuh meriah dengan adanya penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dimana kesemua mereka adalah pelajar berprestasi tinggi dalam mata pelajaran tertentu .

Pelbagai acara lain yang berlangsung antaranya persembahan pentas yang sangat menarik dari Pelajar Tahun 1 (nyanyian dan tarian) , persembahan multimedia dari Pelajar Tahun 3 dan Tahun 1, cabutan bertuah (Lucky Draw) dan meja bertuah . Keseleruhannya , majlis ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kesemua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung .


Majlis berakhir pada jam 10.30 malam dengan perarakan keluar dif-dif kehormat serta disusuli dengan acara mengambil gambar sebagai kenang-kenangan . Dengan adanya majlis seperti ini , secara umumnya diharap agar silaturrahim antara para pelajar, para doktor dan staf dapat diper'erat . Diharap juga agar para pelajar Tahun 3 lebih bersemangat menempuh era baru dengan langkahan azam yang jitu ke alam klinikal yang penuh mencabar .


Dikesempatan ini juga , kami barisan DENSTA 2010/2011 ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan seangkatan di fakulti pergigian ini . MAAF ZAHIR DAN BATIN . Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna bagi anda semua . SEKALUNG TAHNIAH KEPADA ORGANISASI MAJLIS !





BACAAN IKRAR DARI PELAJAR TAHUN 3 .


KEGEMBIRAAN JELAS TERPANCAR .
"TERIMAKASIH KERANA HADIR" - PELAJAR TAHUN 3


'DOOR GIFT'


PELAJAR TAHUN 5


PELAJAR TAHUN 4


PELAJAR TAHUN 2


PELAJAR TAHUN 1


SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN . IKHLAS DARI DENSTA 2010/2011

Comments

Popular Posts