PROGRAM SIHAT 1 MALAYSIA
Pada 12 November hingga 14 November 2010 yang lalu, sebuah program kesihatan telah dianjurkan dengan usahama Kolej Tun Syed Nasir dan kolej Tun Hussein Onn Universiti Kebangsaan Malaysia . Pihak Densta tidak melepaskan peluang menyertai program ini yang diberi nama PROGRAM SIHAT 1 MALAYSIA dengan menghantar wakil pelajar Fakulti Pergigian untuk menyumbang bakti kepada masyarakat . Pihak Jabatan Fakulti Awam Pergigian Fakulti Pergigian UKM telah membantu Pihak Densta dalam mencapai matlamat ini dengan menyediakan set kelengkapan klinikal pakai buang .
Seramai 12 pelajar pergigian yang telah terlibat dalam program mega ini dengan dipantau oleh pegawai pergigian , Dr Ahmad Shuhud Irfani Bin Zakaria. Program Sihat 1 Malaysia ini telah diadakan di Taman Cendana Pasir Gudang Johor Baharu dimana kawasan ini merupakan Kawasan Angkat UKM . Tambahan pula, kawasan ini dipilih sebagai tempat yang begitu strategik untuk menjalankan program kesihatan atas dasar penduduknya yang sangat ramai . Program ini juga diharapkan dapat memupuk semangat penduduk remaja supaya ingin berjaya dalam pelajaran sehingga ke menara gading demi membantu meringankan bebanan keluarga .
Program ini dimulakan pada 12hb November dimana semua pelajar yang terlibat (dalam lingkungan 200 orang) telah dibahagikan kepada ibu dan ayah angkat masing masing setelah berlangsungnya perasmian oleh Ahli Parlimen cawangan Pasir Gudang . Peserta dikehendaki tidur di rumah ibu dan ayah angkat sehingga program tamat . Ini dapat menambah eratkan hubungan antara para peserta dan keluarga angkat yang mana rata rata mereka berpendapatan sederhana . Para peserta dapat merasai sendiri kehidupan berkeluarga sepanjang program dijalankan . Terdapat hampir 50 flat 4 tingkat dengan kapasiti 80 keluarga bagi 1 flat terdapat di Taman Cendana .
Pada hari kedua program (13 Disember 2010), para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan besar dimana setiap kumpulan diberi tanggungjawab untuk menjalankan program yang telah ditetapkan . Kumpulan 1 dipertanggungjawabkan untuk menghias dan menyediakan segala kelengkapan berkaitan untuk setiap projek klinikal yang akan dijalankan keesokan harinya. Kumpulan 2 diminta untuk mengedarkan pamplet dan risalah kepada penduduk Taman Cendana dan sekitar manakala kumpulan 3 ditugaskan untuk menziarahi penduduk yang mempunyai masalah kesihatan supaya dapat memberi sedikit sebanyak bantuan yang boleh dilakukan .
Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan acara sukan termasuklah futsal dan bola jaring antara peserta dan penduduk Taman Cendana . Acara sukan berjalan dengan meriahnya walaupun hujan renyai .
Keesokan paginya (14 November 2010) merupakan hari kemuncak program dimana semua peserta menjalankan program klinikal sebagaimana yang telah dirancangkan . Terdapat beberapa booth dibuka seperti booth klinikal pergigian , fisioterapi, dietetik, optometri , pencegahan kanser payudara, pemeriksaan tekanan darah , jenis darah , dan sebagainya . Puteri UMNO, dan dari pihak UKM sendiri turut mengambil peluang yang ada dengan menyediakan booth khusus bagi mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi serta yang berminat untuk mendapatkan info tentang UKM . Program berjalan dengan sangat lancar dan para penduduk Taman Cendana memberikan reaksi positif atas program ini.
Program ini disusuli dengan acara penutup yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Khalid Nordin . Acara perasmian penutup juga dihadiri oleh Naib Canselor UKM , YBhg. Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin .
Secara tuntasnya, program seumpama ini sangat bermanfaat bukan sahaja kepada para peserta umumnya, tetapi juga kepada masayarakat setempat khususnya. Diharapkan agar program berbakti kepada masyarakat seperti ini dpaat diteruskan pada masa akan datang demi menjulang nama UKM sebagai institusi pendidikan yang cemerlang gemilang dan terbilang .
12 NOVEMBER 2010
13 NOVEMBER 2010
14 NOVEMBER 2010
Gambar ihsan : Nur Soleha Ahmad & laman sosial 'facebook' Biro Kemasyarakatan Pasir Gudang

Comments