ANNUAL GRAND MEETING


Pada 24 Mac 2011, DENSTA telah menganjurkan Annual Grand Meeting (AGM) yang bertempat di Pusat Perkembangan Pelajar dengan dihadiri lebih 70 ahli. AGM akan diadakan setiap hujung penggal untuk membincangkan tentang minit mesyuarat yang telah disediakan oleh setiausaha agung DENSTA merangkumi belanjawan tahunan densta oleh bendahari DENSTA serta tugas-tugas yang telah dilaksanakan oleh setiap exco dan juga perlantikan DENSTA baru untuk sesi 2011/2012.

AGM yang dipantau di bawah Setiausaha Agong DENSTA bermula seawal 8.30 malam dengan ketibaan wakil penasihat DENSTA (Dr. Ahmad Shuhud Irfani), Yang Dipertua DENSTA (Mohd. Zulkiffli bin Kassim) dan exco-exco DENSTA yang lain. AGM pada kali ini telah dirasmikan oleh Dr. Shuhud Irfani, wakil penasihat DENSTA yang menggantikan Dr. Shariffah Shuriana Shukor yang tidak dapat menghadirkan diri disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.

Selepas perasmian, AGM telah diteruskan dengan perbincangan tentang perlaksanaan tugas oleh setiap exco yang telah diketuai oleh Yang Dipertua DENSTA. setiap ahli DENSTA digalakkan untuk bertanya mengenai aktiviti yang telah dibentangkan untuk penambahbaikan bagi DENSTA sesi akan datang. Dengan berakhirnya perbentangan ini, selesaila sudah tugas-tugas DENSTA sesi 2010/2011 dengan jayanya.

Ribuan terima kasih dan syabas kepada DENSTA 2010/2011 yang telah berjaya melakasanakan tugas-tugas mereka.


Untuk makluman semua, pada sebelah pagi 24 Mac 2011, sebelum berlangsungnya AGM, pilihanraya DENSTA 2011/2012 telah diadakan di Bilik Mesyurat Utama (BMU) dibawah selian Suruhanjaya Pilihanraya yang dianggotai oleh mantan-mantan DENSTA sesi. jumlah pengundi yang datang mengundi adalah sangat memberangsangkan. Keputusan pilihan telah diumumkan di AGM dan calon-calon yang memengani pilihanraya adalah DENSTA yang baru. Semoga DENSTA 2011/2012 yang baru ini dapat melaksanakan tugas-tugas mereka dengan jayanya.


DESNTA 2011/2012

Comments

Popular Posts