Minggu Pengenalan Persatuan dan Kelab (MPPK)

Pada 26-27 September 2012 yang lalu,Kolej Tun Syed Nasir telah mengadakan MPPK yang bertempat di Dewan Serbaguna KTSN.Program yang berjalan dari 8-11 malam ini dianjukan dengan tujuan membuka ruang kepada pelajar baru dan pelajar lama menyertai pelbagai kelab dan persatuan dari dalam dan luar KTSN. Pelbagai kelab dan persatuan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik buat ahlinya. 

DENSTA di bawah tangungjawab Exco Publisiti dan Penerbitan telah membuka kaunter bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar KTSN khasnya pelajar-pelajar tahun satu pergigian untuk lebih mengenali dan memahami fungsi DENSTA sebagai satu badan wakil pelajar yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar-pelajar pergigian.Pelajar juga berpeluang untuk mengetahui segala aktiviti yang sudah atau bakal dijalankan oleh DENSTA SESI 2012/2013 dan sesi-sesi lepas.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran DENSMATE,tayangan video berkaitan pergigian,jualan barangan COLGATEdan bahan pameran berkaitan DENSTA dan ahlinya.

antara pelajar yang hadir





sesi perkenalan "senior" dan "junior"

"hero-hero" tahun satu




BARISAN DENSTA SESI 2012/2013

Comments

Popular Posts