Pesta Konvokesyen UKM kali ke-41

Pada 25- 27 Oktober 2013 yang lalu,DENSTA dengan kerjasama Kedekanan Fakulti Pergigian telah mengambil bahagian dalam Pesta Konvokesyen UKM ke-41 dengan membuka gerai pemeriksaan kesihatan mulut.









Program ini telah menjadi satu program wajib setiap tahun bagi DENSTA di bawah pemantaun Exco Perhubungan dan Pengantarabangsaan dan Exco Dana untuk sama-sama memeriahkan Majlis Konvokesyen UKM.

Antara khidmat yang ditawarkan adalah pemeriksaan mulut,sesi kaunseling berkaitan penjagaan kesihatan mulut,jualan barangan kesihatan pergigian,pameran,dan Kidz Corner.

 

Gerai Fakulti Pergigian
Pemeriksaan gigi






Sesi Kaunseling mengenai penjagaan gigi






 Diharapkan program ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan penjagaan mulut dan kesihatan pergigian.Diharap juga segala pengalaman yang ditimba sepanjang program ini dalam berhadapan dengan pesakit dapat digunakan untuk dipraktikkan di dalam klinik kelak.














Comments

Popular Posts