Bakti Siswa (School Attack) 2014


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.


Alhamdulillah, program Bakti Siswa pada tahun ini telah berjaya dilangsungkan dengan penuh jayanya. Pada tahun ini, program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah diadakan di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang.

Syabas diucapkan kepada pensyarah penasihat, Dr. Atika, pengarah program, Ikhmal Akashah dan semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.


Dengan tema Semanis Ukhuwah, kita telah dapat mencapai objektif program ini iaitu :

 Melahirkan graduan yang membudayakan khidmat masyarakat di samping memelihara kecemerlangan akademik dan menguasai kemahiran insaniah yang menjurus kepada pembangunan modal insan berkualiti.


 Menyampaikan ilmu yang penting tentang pengetahuan penjagaan gigi kepada masyarakat luar terutamanya golongan kanak-kanak melalui pelbagai program yang dijalankan.

 Mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari serta memanfaatkannya kepada kanak-kanak, di samping dapat menimba pengalaman dalam berinteraksi dengan masyarakat luar.

Menjadikan Fakulti Pergigian UKM lebih dikenali oleh masyarakat dan akan menjadi pilihan utama bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam kursus pergigian.

Memberi kesedaran kepada diri setiap mahasiswa/i tentang tanggungjawab mereka terhadap masyarakat luar.

Mewujudkan hubungan baik antara mahasiswa/i Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia dengan masyarakat kampung di Tanjong Karang dan berkekalan walaupun selepas program tamat.

Melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin tentang penjagaan kesihatan mulut.


Berikut adalah tentatif program :


Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan bersama pelajar-pelajar seperti bermain permainan 
"guess it right", "crack radio", dan "word maze". 


Selain bermain permainan berilmiah, kita juga menunjukkan secara praktikal kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai cara-cara memberus gigi dengan betul.


Diharapkan pelajar-pelajar dapat mempraktikkan cara-cara memberus gigi yang telah diajarkan kepada mereka.

Selepas aktiviti disekolah, kita telah bermuafakat mengadakan gotong royong di kawasan surau termasuk menyumbangkan 23 pokok untuk ditanam diperkarangan surau. Terdapat 6 pokok berbuah seperti pokok mangga, pokok rambutan, dan pokok delima telah ditanam. Manakala, terdapat 17 pokok bunga telah ditanam untuk menceriakan lagi surau.





Untuk acara penutup, kami telah menyerahkan barang-barang sumbangan dan bantuan kewangan untuk ibu-ibu tunggal kepada wakil Kampung Sempadan, Tanjong Karang.

Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Gambar-gambar boleh didapati di page rasmi UKM DENSTA.



Terima kasih.

Comments

Popular Posts