PERSIDANGAN KEPIMPINAN DAN LAWATAN AKADEMIK KE FAKULTI PERGIGIAN NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE (NUS)
Assalamualaikum dan hai semua.
Dengan bertemakan slogan "Bridging the International Students Collaboration", Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM DENSTA) telah mengadakan Persidangan Kepimpinan dan Lawatan Akademik ke Fakulti Pergigian National University of Singapore (NUS) pada 10 dan 11 November 2014 yang lalu. Ini adalah julung-julung kalinya UKM DENSTA mengadakan program pengantarabangsaan dan program ini wajar diteruskan pada tahun-tahun hadapan.
Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa terhadap pengurusan yang dapat dijalankan secara cekap dan sistematik serta menambah kebolehpasaran dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang mampu menjadi insan contoh dalam kalangan masyarakat secara seluruhnya.
Selain itu, objektif program pengantarabangsaan ini diadakan adalah untuk membina hubungan baik di antara pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian UKM dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian NUS.
Selain itu, objektif program pengantarabangsaan ini diadakan adalah untuk membina hubungan baik di antara pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian UKM dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian NUS.
Sehari sebelum lawatan kami ke National University of Singapore, kami sempat melawat pusat-pusat pelancongan yang menarik menarik dan tempat-tempat bersejarah. Antara tempat yang kami sempat lawati adalah Pulau Sentosa, Marina Bay, Gardens by The Bay, dan Fullerton Merlion Park.
Lawatan kami ke Fakulti Pergigian NUS dimulakan dengan pengenalan daripada Timbalan Dekan Fakulti Pergigian National University dan diikuti dengan pengenalan daripada pihak UKM.
Kami dibawa untuk melawat keseluruh kawasan Fakulti Pergigian National University of Singapore. Antara tempat-tempat yang kami lawati adalah Bilik pendidikan kesihatan mulut, klinik simulasi, lab prostodontik, bilik plaster, dewan kuliah, bilik pengimejan x-ray, klinik, dan bilik rehat pelajar-pelajar pergigian NUS.
Selepas selesai melawat ke seluruh tempat di Fakulti Pergigian NUS, kami sempat beramah-mesra dengan pelajar-pelajar mereka. Banyak pengalaman dan pengetahun kami kongsi bersama. Semoga persahabatan kami akan lebih akrab selepas ini dan dapat mengadakan program bersama-sama pada masa akan datang.
Program pengantarabangsaan seperti ini sangat bermanfaat dan wajar diteruskan pada masa akan datang. Dengan ini, pandangan kita akan menjadi lebih luas dan lebih berfikiran terbuka.
Comments