BINGKISAN RAMADHAN

Antara fadhilat bulan Ramadhan:

  • Di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu neraka dan diikat segala syaitan
  • Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosa yang telah lalu
  • Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat
  • Berpuasa pada semua anggota badan dan bukan hanya pada makan dan minum sahaja
  • Ada satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan, marilah kita sama-sama mengejarnya


BERSAHUR

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang bersahur."


AMALAN BERTADARUS DI BULAN RAMADHAN

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw telah bersabda,”…….

Dia (Allah) akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan, dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang dijauhkan daripada rahmat Allah swt pada bulan ini.”

Oleh itu, marilah kita berlumba-lumba untuk membuat sebanyak-banyak kebaikan pada bulan ini. Dan setiap amal kebaikan, dimulakan dengan niat.

Atas maksud itu, mari kita terus memasang azam. Semoga azam kita diterima oleh Allah swt

Antara azam kita kali ini ialah: Mengkhatamkan 30 Juzuk Al Quran dalam bulan Ramadhan.

Mari kita sama-sama jadikan Ramadhan kali ni cukup bermakna, sebab kita belum tentu akan berjumpa Ramadhan akan datang. Insyaallah.


TINGKATKAN DOA DAN AMALAN SUNAT

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Comments

Popular Posts