PESTA KONVOKESYEN KE-38



Pada 7 dan 8 Ogos 2010 yang lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan acara gilang-gemilang tahunannya iaitu Pesta Konvokesyen yang ke-38. Banyak pihak yang melibatkan diri dalam menjayakan program ini termasuklah Fakulti Pergigian. Setiap tahun, Fakulti Pergigian akan mengambil bahagian membuka gerai pameran dan klinikal di Dewan Gemilang. Ia tempat yang menjadi tarikan orang ramai kerana terdapat banyak lagi gerai-gerai yang dibuka di situ yang menjual cenderamata, makanan, pakaian, dan lain-lain .



Setiap tahun, gerai Fakulti Pergigian akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan gigi atau pun screening kepada orang ramai. Setelah itu, orang ramai yang datang untuk melakukan pemeriksaan juga akan diberikan khidmat kaunseling dan cenderamata secara percuma. Selain itu, gerai Fakulti Pergigian mengadakan beberapa jualan produk-produk kesihatan mulut seperti berus gigi, ubat gigi, pembersih mulut dan laen. Harga yang diberikan juga lebih murah dari harga biasa. Di gerai klinikal ini juga, beberapa pameran diadakan bagi memperkenalkan orang ramai kepada masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kesihatan gigi dan mulut. Terdapat juga pameran tentang ortodontik dan gigi palsu ataupun denture.Gerai Fakulti Pegigian juga berjaya menarik pengunjung kanak-kanak kerana terdapat permainan-permainan menarik yang disediakan.


Comments

engku said…
sy nk tny kt ukm nie de x khidmat buat gg palsu percuma??? segera!!! ape2 try emel sy
(((( tsakumie_12@yahoo.com)))

Popular Posts