BILIK DENSTA DIBUKA SECARA RASMI ESOK !!
Bilik Densta di Tingkat 1 Blok Q bersebelahan dengan Unit Radiologi Poliklinik Pergigian UKM akan dibuka kembali secara rasmi pada hari esok ( KHAMIS 24/2/2011) . Untuk pegetahuan umum, bilik Densta telah ditutup sejak pertengahan tahun 2010 berikutan dengan kerja renovasi di sekitar kawasan bilik tersebut .
Sebagaimana diketahui juga, para pelajar tidak dibenarkan meletakkan beg serta barang-barang persendirian di laluan antara bilik simulasi dan makmal prosthodontik . Oleh itu , alternatif yang digunakan adalah dengan meletakkan barang persendirian pelajar di dalam bilik Densta .
Untuk memastikan Bilik Densta sentiasa kemas dan bersih , pihak bertanggungjawab telah menggariskan beberapa peraturan :
1. Bilik Densta hanya akan dikunci pada hari Jumaat 5petang hingga Isnin 8.00 pagi . Segala urusan pada waktu tersebut hendaklah dengan mendapatkan kebenaran Exco Publisiti dan Penerbitan DENSTA (NUR SOLEHA AHMAD)
2. Sebarang makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam bilik DENSTA .
3. Kemas dan susun kembali barang-barang yang telah digunakan ke tempat asal.
4 . Dilarang membuang sampah merata-rata .
5 . Tidak membawa keluar buku-buku kepunyaan Bilik DENSTA .
6 . Susun dengan kemas barang-barang persendirian anda .
7 . Jangan tinggalkan barang berharga di dalam Bilik DENSTA kerana bilik tersebut tidak akan dikunci bermula hari Isnin 8.00pagi-Jumaat 5.00petang . Sebarang kehilangan barang berharga bukan di bawah bidang kuasa pihak pengurusan Bilik DENSTA.
8. Anda dibenarkan menyimpan barang prostho tetapi hendaklah disusun kemas di RUANG STOR SAHAJA . Barang yang tidak disusun rapi akan dibuang .
9. Tindakan akan diambil atas kegagalan anda mematuhi peraturan yang tertera .
Diharap dengan kerjasama dari semua pihak dapat menjadikan Bilik DENSTA sebagai ruang kondusif yang mampu memberi manfaat kepada semua pelajar ..
*Kabinet beg mungkin akan disediakan di dalam bilik DENSTA dalam masa yang terdekat . -Ihsan dari Makmal Simulasi .
Comments