KEM EKSPLORASI ALAM 2011



Pada 27 Febuari 2011 yang lalu , DENSTA telah menganjurkan KEM EKSPLORASI ALAM di bawah pantauan Exco Sukan Dan Rekreasi , Mohd Syafiq Asyraf Rosli . Seramai 44 orang pelajar pergigian UKM yang menyertai program rekreasi ini dengan diiringi oleh Doktor Ahmad Shuhud Irfani Zakaria. Program ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam di Dusun Eco Resort , Bentong Pahang .


Program ini adalah buat pertama kalinya dalam sejarah pergigian di mana para pelajar dibawa luar dari hiruk pikuk kota , dan membuat pelbagai aktiviti lasak yang sungguh mengujakan , yang mana rata-rata pelajar merasai nikmat pengalaman tersebut buat pertama kalinya dalam seumur hidup . Walaupun program ini berjalan dalam masa yang singkat , namun pengalaman yang diterima tiada tolok bandingnya .




Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti aktiviti dalam kumpulan , BBQ , Jungle Trekking , Rentas Halangan , Berakit , meniti Jambatan Gantung serta Flying Fox . Umpama mimpi dalam mimpi, semua aktiviti menarik ini dapat dilakukan dalam hanya sehari !



Dengan itu , diharap agar program menarik seperti ini dapat dijadikan sebagai program tahunan DENSTA dengan menerima lebih ramai penyertaan . Anda tentu berasa rugi jika tidak turut
serta !



Comments

Popular Posts