SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU SESI 2012/2013 KE FAKULTI PERGIGIAN UKM

Pada 2 September 2012 yang lepas,seramai kira-kira 500 pelajar baru sesi 2012/2013 telah mendaftarkan diri di Kolej Tun Syed Nasir,UKM.Jumlah ini merangkumi pelajar-pelajar dari 3 fakulti iaitu Fakulti Perubatan,Fakulti Pergigian,dan Fakulti Sains Kesihatan.

Pada kali ini,seramai 55 pelajar telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus Ijazah Doktor Pergigian .52 orang telah hadir mendaftarkan diri manakala selebihnya telah menolak tawaran.Pelajar baru kali ini terdiri daripada 9 orang lelaki dan 43 orang perempuan.

Minggu Mesra Pelajar (MMP) telah dijalankan selama seminggu iaitu bermula dari 2 September dan berakhir pada 8 September 2012.Seramai 78 orang pemudahcara telah dipilih yang terdiri daripada pelajar-pelajar senior.Antara aktiviti yang dijalankan adalah 30 Latihan Dalam Kumpulan (LDK),pertandingan cheers,Explorace,dan Malam Percikan Seni.KTSN telah berjaya mendapat tempat ke 3 bagi pertandingan cheers dan Malam Percikan Seni.

Pada 4 September,pelajar-pelajar baru telah dibawa melawat fakulti masing-masing.Pelajar-pelajar Pergigian telah dibawa untuk melawat sekitar dewan kuliah,klinik,Pejabat Dekan.Terdapat juga sesi bersama Timbalan Penolong Pendaftar,Dekan Fakulti Pergigian dan juga taklimat kerjaya.

pelajar menjalankan aktiviti 

di DECTAR 

latihan cheers

malam terakhir MMP


Tahniah diucapkan kepada pelajar baru Fakulti Pergigian yang telah terpilih.Semoga anda berjaya menghadapi hari-hari yang penuh mencabar dalam bergelar Mahasiswa/wi Fakulti Pergigian.

Comments

Popular Posts