MINGGU PENGENALAN PERSATUAN & KELAB (MPPK) 2013

Pada 23-34 September 2013 yang lalu,Kolej Tun Syed Nasir telah mengadakan MPPK yang bertempat di Dewan Serbaguna KTSN.Program yang berjalan dari 8-11 malam ini dianjukan dengan tujuan membuka ruang kepada pelajar baru dan pelajar lama menyertai pelbagai kelab dan persatuan dari dalam dan luar KTSN. Pelbagai kelab dan persatuan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik buat ahlinya. 

DENSTA di bawah tangungjawab Exco Publisiti dan Penerbitan telah membuka kaunter bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar KTSN khasnya pelajar-pelajar tahun satu pergigian untuk lebih mengenali dan memahami fungsi DENSTA sebagai satu badan wakil pelajar yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar-pelajar pergigian.Pelajar juga berpeluang untuk mengetahui segala aktiviti yang sudah atau bakal dijalankan oleh DENSTA SESI 2013/2014 dan sesi-sesi lepas.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah jualan barangan COLGATE dan bahan pameran berkaitan DENSTA dan ahlinya.
















Comments

Popular Posts