SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU SESI 2013/2014 KE FAKULTI PERGIGIAN UKM

Pada 1 September 2013 yang lepas,seramai kira-kira 500 pelajar baru sesi 2013/2014 telah mendaftarkan diri di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) ,UKM.Jumlah ini merangkumi pelajar-pelajar dari 3 fakulti iaitu Fakulti Perubatan,Fakulti Pergigian,dan Fakulti Sains Kesihatan.


Pada kali ini,seramai 56 pelajar telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus Ijazah Doktor Pergigian .52 orang telah hadir mendaftarkan diri.Pelajar baru kali ini terdiri daripada 15  orang lelaki dan 37 orang perempuan.




Minggu Mesra Pelajar (MMP) telah dijalankan selama 6 hari iaitu bermula dari 1 September dan berakhir pada 6 September 2013. Seramai 78 orang pemudahcara telah dipilih yang terdiri daripada pelajar-pelajar senior. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK),cheers, dan pertandingan debat.


KTSN telah berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan Debat Piala Naib Canselor. Lebih membanggakan, dua daripada pendebat tersebut adalah pelajar tahun satu Fakulti Pergigian UKM.



Pada 4 September 2013 (Rabu),pelajar-pelajar baru telah dibawa melawat fakulti masing-masing.P Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi bersama Timbalan Penolong Pendaftar, sesi bersama Dekan Fakulti Pergigian UKM dan juga taklimat kerjaya.
  
                               
pelajar menjalankan aktiviti



perjumpaan bersama dekan fakulti pergigian




di DECTAR



pendebat KTSN 


Tahniah diucapkan kepada pelajar baru Fakulti Pergigian yang telah terpilih.Semoga anda berjaya menghadapi hari-hari yang penuh mencabar dalam bergelar Mahasiswa/wi Fakulti Pergigian.

Comments

Unknown said…
Salam

Boleh saya tahu, pegambilan pelajar pergigian tahun 2014 ni berapa org? Saya baru selesai interview pergigian UKM. Terima kasih :-)

Popular Posts