MAJLIS PENGENALAN PERSATUAN DAN KELAB (MPPK)
Pada 19 dan 20 Julai 2010 yang lalu , Majlis Pengenalan Persatuan dan Kelab (MPPK) telah diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir 1 di bawah anjuran Jawatankuasa Siswa/i kolej . Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Pergigian atau dikenali dengan nama Densta (Dental Student Association) juga tidak melepaskan peluang dalam menjayakan majlis ini .
MPPK diadakan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan-persatuan yang wujud di kolej khususnya kepada pelajar baru supaya mereka dapat membuat pilihan untuk menyertai persatuan yang sesuai dengan mereka. Disamping itu juga , pihak persatuan dapat mengutip sedikit dana dengan menjual barang barang tertentu yang berkaitan dengan persatuan mereka . Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah di mana semua persatuan yang terlibat berusaha menarik minat pelajar untuk mendaftar sebagai ahli persatuan mereka.
Densta mengambil peluang menyertai MPPK untuk memperkenalkan visi dan misi Densta kepada semua pengunjuang serta mengadakan sedikit jualan antaranya t-shirt , ‘collar pin’ , ubat gigi , pembersih mulut dan sebagainya .
Diharap dengan adanya program ini, semua pelajar dapat memahami visi dan misi yang dibawa oleh Densta. Sekian .
Sebahagian dari ahli tertinggi Densta yang turun padang bagi membantu menjayakan program ini.
MPPK diadakan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan-persatuan yang wujud di kolej khususnya kepada pelajar baru supaya mereka dapat membuat pilihan untuk menyertai persatuan yang sesuai dengan mereka. Disamping itu juga , pihak persatuan dapat mengutip sedikit dana dengan menjual barang barang tertentu yang berkaitan dengan persatuan mereka . Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah di mana semua persatuan yang terlibat berusaha menarik minat pelajar untuk mendaftar sebagai ahli persatuan mereka.
Antara pengunjung yang membantu memeriahkan program.
Densta mengambil peluang menyertai MPPK untuk memperkenalkan visi dan misi Densta kepada semua pengunjuang serta mengadakan sedikit jualan antaranya t-shirt , ‘collar pin’ , ubat gigi , pembersih mulut dan sebagainya .
Antara barangan yang laris terjual .

Comments