RAIKAN GERAI PESTA KONVOKESYEN KE-38


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada senior-senior yang telah menamatkan pengajian dan bakal menerima ijazah di Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung minggu hadapan. Seperti kebiasaannya, Fakulti Pergigian akan membuka gerai pameran dan klinikal di Pesta Konvokesyen ke-38 dengan tema "Let Your Smile Shines The World".

Aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung di gerai tersebut termasuk pemeriksaan gigi dan sesi kaunseling oleh pelajar-pelajar Fakulti Pergigian. Di samping itu, pameran mengenai kesihatan mulut dan jualan barangan penjagaan mulut pada harga yang rendah boleh didapati di gerai ini. Bagi pengunjung kanak-kanak, permainan-permainan yang menarik turut disediakan.

Marilah kita beramai-ramai datang ke gerai Fakulti Pergigian dan bersama-sama memeriahkan Pesta Konvokesyen kali ini.

Comments

e-liex said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts