SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR PERGIGIAN TAHUN 1 SESI 2010/2011

Pada hari Ahad bersamaan 4 Julai 2010 yang lalu , pihak UKM telah menerima kehadiran 55 orang pelajar baru yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pergigian. Mereka terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki ( 4 Melayu , 5 Cina , 1 India ) dan 45 pelajar perempuan (22 Melayu , 21 Cina , 1 India dan 1 Lain lain) . Mereka mengikuti Minggu Mesra Pelajar selama seminggu di UKM Bangi dan ditempatkan sementara di Kolej Keris Mas dan sebahagian di Unit Perumahan Pelajar (UPP) .

Suasana ketika hari pendaftaran yang dijalankan di Dewan Gemilang UKM Bangi .


Sesi pendaftaran pelajar baru diserikan lagi dengan kehadiran Dekan Fakulti Pergigian UKM , Yang Berbahagia Prof . Dr . Ghazali Bin Mat Nor .


Pelbagai program yang telah disediakan khas untuk pelajar baru sempena Minggu Mesra Pelajar antaranya Taklimat Fakulti , Pendaftaran Kursus , Malam bersama Angkasawan Negara , Perlawanan Akhir Debat Piala Naib Canselor dan banyak lagi program yang meriah . Mereka telah dibawa pulang ke Kolej Tun Syed Nasir pada hari Sabtu 10 Julai 2010. Majlis Minggu Mesra Pelajar berakhir pada hari Sabtu .



Yang Berbahagia Dekan juga turun padang untuk memberi taklimat ketika program Taklimat Fakuti di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAM) , UKM Bangi . Para pelajar baru kelihatan khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan .


Sebahagian dari pemudah cara yang membantu sepanjang Minggu Mesra Pelajar . Kesemuanya terdiri daripada pelajar Fakulti Pergigian .


Sebahagian pelajar baru dari Fakulti Pergigian yang kelihatan gembira ketika mengikuti program Taklimat Fakulti .


Akhir kata , kami dari warga DENSTA mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada para pelajar baru . Diharap para pelajar baru Tahun 1 Fakulti Pergigian dapat bersama sama berganding bahu dalam menaikkan nama Fakulti Pergigian UKM di persada dunia seiring dengan menjunjung aspirasi nasional .

Comments

ikha07 said…
wow.. sgt pantas!! syabas!!

Popular Posts