DENTAL KIDZ DAY 2011

(UTUSAN MALAYSIA - 9 MAC 2011)

Pada 5 Mac 2011 yang lalu , bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur , berlangsungnya satu program kemasyarakatan , DENTAL KIDZ DAY . Program ini julung kalinya diadakan pada tahun ini dengan menjemput seramai 100 orang kanak-kanak dari Rumah Nur Salam , Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan KL , dan juga Sekolah Kebangsaan Raja Muda KL.

Program di bawah pantauan Exco Kebajikan Siswa/i DENSTA ini telah dijalankan seawal 8 pagi dengan ketibaan tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada perasmi jemputan, Puan Hajah Hanim bt Ibrahim selaku Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Keramat, Dekan Fakulti Pergigian ( Y. Bhg. Prof. Dato' Dr . Haji Ghazali bin Mat Nor , Penasihat DENSTA (Dr. Shariffah Shuriana Shukor ) , Yang Dipertua DENSTA (Mohd. Zulkiffli bin Kassim) , serta ahli-ahli DENSTA yang lain . Program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Dr Naga dan Dr Ahmad Shuhud Irfani .

Selepas majlis perasmian dijalankan di Dewan Kuliah 2 , para peserta program telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan program berjalan dengan lebih teratur dan lancar . Para peserta kelihatan sangat gembira dan terhibur dengan pengisian yang yang telah dijalankan . Antara pengisian tersebut termasuklah 'dental screening' di Surgeri 1 Poliklinik A , 'Explorace', sesi SEMINAR PENJAGAAN GIGI dari Dr Shuhud , dan juga 'brainstorm' yang bertempat di Bilik Seminar J.

Program ini bertujuan untuk menanam sikap berbudi bahasa, prihatin, simpati, ikhlas, berakhlak mulia dan berketrampilan kepada mahasiswa/i pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia serta menjadikan mereka sebagai role model kepada masyarakat. Selain itu, tujuan program ini dijalankan adalah juga untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang penjagaan pergigian dalam kehidupan seharian. Program ini juga bagi Mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari serta memanfaatkannya kepada anak-anak yatim, di samping dapat menimba pengalaman dalam mengendalikan masyarakat luar.

Program ini diakhiri dengan Majlis Penutup diikuti majlis penyampaian hadiah kepada para peserta . Akhir kata , program ini sangat baik untuk terus dianjurkan pada masa hadapan bagi melahirkan mahasiswa/i yang bertanggungjawab kepada masyarakat .



Comments

Popular Posts