FORUM FIQH PERGIGIAN


FORUM FIQH PERGIGIAN

Pada hari Khamis yang lalu (17 Mac 2011) , dibawah anjuran DENSTA (Exco Pembangunan Sahsiah Siswa/i) , bertempat di Dewan Kuliah 3 Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur , telah berlangsungnya satu forum fiqh atau lebih dikenali dengan nama FORUM FIQH PERGIGIAN . Forum ini telah mendapat sambutan hangat dari pelajar-pelajar pergigian UKM dan UM serta termasuklah juga pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu , dan Fakulti Perubatan UKM KL .

Forum yang berlangsung selama 2 jam ini telah di serikan dengan kehadiran 2 ahli panel jemputan yang terdiri daripada Dr Badiah Bt Baharin (Doktor Pakar Periodontologi Fakulti Pergigian UKM) , serta Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani (Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM) . Forum ini bertujuan untuk memperkenalkan jenis-jenis rawatan pergigian yang menimbulkan kecurigaan berkaitan hukum dalam Fiqh islam kepada pelajar Fakulti Pergigian tentang isu-isu yang biasa dipersoalkan dalam sesetengah rawatan dan bahan-bahan pergigian.

Secara keseluruhannya , program ini wajar diteruskan lagi pada sesi akan datang kerana menanam sikap ambil tahu dan prihatin di kalangan mahasiswa/i yang beragama islam terhadap persoalan hukum dan penyelesaiannya berkaitan dengan rawatan pergigian dan para hadirin juga boleh mendapat ilmu yang bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang .




Comments

Popular Posts