SEMINAR KE ARAH KECEMERLANGAN
Pada 26 Februari 2011, satu ‘Seminar Ke Arah Kecemerlangan’ anjuran DENSTA yang melibatkan para pelajar tahun 1 sehingga tahun 4 telah diadakan bertempat di DK 1 dan juga Bilik Mesyuarat Utama (BMU). Seminar ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat kira-kira 12.30 tengahari.
Seminar ini mengandungi 2 sesi, di mana sesi pertama merupakan teknik pembelajaran yang dikendalikan oleh Dr Safura selaku penceramah jemputan bertempat di DK1. Sesi ini lebih menumpukan kepada kemahiran belajar serta pengurusan masa. Melalui sesi ini, pelbagai ilmu dan teknik belajar telah diberikan oleh Dr Safura kepada para pelajar dan sangat berguna untuk diaplikasikan.
Kira- kira pukul 11 pagi, seminar diteruskan di BMU dan dikendalikan oleh Dr Natasya. Sesi ini hanya melibatkan pelajar tahun 3 dan 4 kerana sesi ini lebih menumpukan kepada cara pembentangan kes bagi subjek prostodontik semasa tahun 5 . Sesi ini dimulakan dengan penerangan oleh Dr Natasya mengenai kriteria-kriteria yang perlu ada bagi setiap pembentangan kes. Selepas itu, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu pembentangan kes dalam bentuk folio hasil daripada pelajar- pelajar UKM dan UM. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki membaca folio tersebut dan membincangkan kelebihan dan kelemahan yang terkandung dalam folio tersebut dan selepas itu salah seorang ahli kumpulan dikehendaki membentangkan kepada semua pelajar lain.
Sesi tamat kira-kira jam 12.30 tengahari dan diakhiri dengan pemberian saguhati kepada penceramah. Sesungguhnya, seminar ini telah memberikan pelbagai manfaat kepada pelajar. Semoga pada masa akan datang lebih banyak aktiviti seperti ini dapat diadakan. Sekalung ucapan terima kasih kepada para pelajar yang sudi hadir dan juga kepada Dr Safura dan Dr Natasya kerana sudi hadir memberikan ceramah.
Comments