Diskusi Ilmu Fiqh "I AM YOUR DENTIST"

Pada 18 Disember yang lepas, dibawah anjuran DENSTA (Exco Pembangunan Sahsiah Siswa/i) , bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir , telah berlangsungnya Diskusi Ilmu Fiqh 'I AM YOUR DENTIST" .Forum ini bukan sahaja dihadiri oleh pelajar-pelajar pergigian UKM,malahan juga turut dimeriahkan lgi dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan dari Fakulti Pergigian UiTM,UM dan juga pelajar-pelajar daripada Fakulti Sains Kesihatan,Farmasi dan juga Perubatan. 

Program yang berlangsung sekitar jam 9 malam ini diserikan lagi dengan kehadiran 2 orang panel undangan iaitu Ustaz Izhar Ariff dan Dr Rosni Adam.Forum yang dikemudikan oleh saudara Firdaus selaku moderator ini memfokuskan kepda pelbagai persoalan serta keraguan yang selalu dihadapi oleh pengamal pergigian berkaitan hukum serta pandangan Islam terhadap rawatan pergigian yang dijalankan kepada pesakit.

Secara kesimpulannya,program ini seharusnya menjadi tradisi serta menjadi aktiviti wajib DENSTA dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap pekerjaan dan pembelajaran yang kita lakukan sebagai pelajar dan bakal pengamal pergigian kelak.







Comments

Popular Posts