KEJOHANAN INTERVASITI PERGIGIAN

Pada 16 Mac 2013 yang lepas,seperti tahun-tahun sebelumnya,DENSTA telah menyertai KEJOHANAN INTERVASITI PERGIGIAN KE-17.Buat kali ini,Universiti Malaya telah dipilih selaku tuan rumah.
Program yang dijalankan di Pusat Sukan Universiti Malaya ini telah disertai oleh pelajar-pelajar pergigan daripada UKM,UM,USIM,UIA,UiTM,USM,PIDC,AIMST,MMC dan lain-lain.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah futsal (L/P),bola jaring (P),bola keranjang (L),bola tampar (L/P),ping pong (L/P),dan badminton (L/P).Pada kali ini,UKM bukan sahaja membawa kontinjen mewakili setiap acara,malahan juga turut membawa 20 orang penyokong untuk sama-sama meniupkan semangat kepada kontinjen yang mewakili UKM.

Untuk kejohanan kali ini telah menyaksikan UKM telah berjaya mendaptkan 4 pingat gangsa bagi acara bola tampar (L),badminton berseorangan (P),badminton berpasangan (P),pingpong berseorangan (P).

Diharapkan kejohanan seperti ini terus mendapat sambutan yang baik daripada pelajar untuk kita sama-sama mengharumkan nama UKM dipersada selain akademik.






















Comments

Popular Posts