KEJOHANAN BOWLING FAKULTI PERGIGIAN

Pada 2 Mac 2013 yang lalu,DENSTA dibawah pemantauan Exco Sukan dan Rekreasi telah mengadakan Kejohanan Bowling Fakulti Pergigian bertempat di Wangsa Bowl,Wangsa Walk.

Kejohanan ini bukan sahaja terbuka kepada para pelajar fakulti pergigian,tetapi turut juga disertai oleh pensyarah-pensyarah fakulti pergigian.Program ini dijlankan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan diantara pelajar-pelajar pergigian dan juga membina hubungan akrab antara pelajar dengan pensyarah dan staf.

Kejohanan ini menyaksikan persaingan sengit antara peserta yang terbahagi kepada 16 kumpulan.Pemenang dikira mengikut jumlah jatuhan pin antara kumpulan dan juga individu dengan jatuhan pin terbanyak.

Dengan berlangsungnya program ini,diharapkan hubungan baik antara warga pergigian dapat dikekalkan selain menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan kita.













Comments

Popular Posts